Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 4 tentera rejim Israel terbunuh dan 15 lagi dilaporkan cedera pada hari Ahad apabila seorang bekas banduan Palestin merempuh trak yang dipandunya ke arah sekumpulan tentera Israel di wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Tel Aviv.
Menurut wartawan al-Manar, penyerang terssebut turut terbunuh setelah ditembak oleh pihak berkuasa Israel. Wartawan itu turut menyebut nama penyerang itu sebagai Fadi al-Qanbar yang pernah meringkuk di dalam penjara Israel.
Polis rejim mengatakan bahawa sebuah trak dengan nombor pendaftaran Israel telah keluar dari laluannya dan merempuh sekumpulan askar rejim Zionis yang tidak beruniform di penempatan haram East Talpiyot.
8 Januari 2017 - 17:17
News ID: 803591
Sekurang-kurangnya 4 tentera rejim Israel terbunuh dan 15 lagi dilaporkan cedera pada hari Ahad apabila seorang bekas banduan Palestin merempuh trak yang dipandunya ke arah sekumpulan tentera Israel di wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Tel Aviv.